Wednesday, June 12, 2013

Resepi : Kuih Onde - Onde

Assalmualaikum readers :)
Semalam cikfieqa makan kuih onde2..setengah tempat panggil buah melaka..Tetiba rasa nak share resepi dengan korang..Kalau rajin boleh la buat..Senang je pun.
BAHAN - BAHAN
1) 500 gram tepung pulut
2) 4 sudu besar tepung gandum
3) Air secukupnya
4)1 sudu kecil pewarna hijau (pandan)
5)1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
6) Kelapa parut

                                                             CARA - CARA

1)   Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. 
2)    Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
3)  Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
4)    Masak air dalam periuk sehingga mendidih.
5)    Masukkan onde2 ke dalam periuk 
6)  Angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul.(dah timbul tandanya dah masak)
7)  Sejat dan biarkan seketika.
8)    Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.

9)  Siap untuk dimakan.


Onde2 masa Ramadhan tahun lepas..Buat dengan kawan2..rindu pulak suasana tu :')

2 comments:

  1. suka peplum? jemput join :) http://nurinaireen.blogspot.com/2013/06/giveaway-i-love-peplum-by-nurin-aireen.html

    54 pemenang dicari! Jom join! :) http://weeweennie-story-of-life.blogspot.com/2013/05/first-giveaway-by-nurin-aireen-ieyra.html

    ReplyDelete
  2. sdpnye kuih ni..bulan2 pose sume tringin nak mkn

    ReplyDelete

No Harsh Word, Kita Kawan Ok ! *shake*

Copyright 2016 Reserved to Afieqa Young Design By Cik Nurfarah