Saturday, December 7, 2013

Cerita konvo

Assalamualaikum..
Hello peeps :)

Nak update cerita yang dah basi.. hehe.. :p
10 September 2013, selamat la Fieqa bergelar alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Awal Kanak - Kanak :)


Nak cerita kita dah konvo sebenarnya..haha.. :D Masa konvo tu kan terfikir cepatnya masa 3 tahun tu berlalu. Dari kurus keding masa tahun pertama sampai la tembam - tembam tahun akhir. Ibaratnya macam tu lah..mihmih.. Banyak suka dan duka sepanjang 3 tahun amik diploma. Kena marah dengan driver bas sebab bawak masuk ice cream dalam bas, kena denda dengan pensyarah sebab masuk lambat, masak - masak, mandi air terjun senang cerita tak terbilang kenangan.. :')

Masa hari konvo tu serius kelam kabut.. first sebab konvo waktu petang, lepas tu Fieqa lambat ambil jubah..hoii memang tak sempat nak belek2 depan cermin.. akibat tak bersiap depan cermin maka hancuss lah i punya tudung.. wakaka :p tengok dalam gambar baru perasan.. so kesimpulannya sila pakai tudung yang awningnya tidak keras.. :p *yang gambar Fieqa sorang2 tu dah betulkan tudung depan cermin..*  then konvo habis lambat.. tak sempat ambil gambar dengan abah sebab terkejar2 nak solat asar.. cita2 nya nak bagi depa pakai jubah konvo ni.. tapi tak kesampaian.. tapi tak pe lah Allah dah buat yang terbaik :)
Malam tu jugak terus gerak balik Penang.. Kesian abah penat drive dari Kelantan, semata2 nak tengok anak dia konvo.. terima kasih abah, umi :') love both of you..


Tarrraa... ni la umi Fieqa yang banyak layan kerenah mengada2 anak dara dia..Love you umi ! hug siket


Saya dah konvo!



:D



Ehem2.. kita konvo sekali dengan si dia :p


:p tahniah cikgu sport science


Dengan umi lagi :)


With his family :)


Betul lah kata orang, bila kita dah kerja kita akan rindu zaman belajar. Dan sekarang Fieqa rasa kan benda tu.. Opss tapi Fieqa tak kerja lagi :D tengah syok sambung degree kat USM ni haaa.. Macam diploma dulu lah Fieqa rasa sekarang.. lambatnya nak habis kan 4 tahun ni.. hoho.. tapi insyaAllah 4 tahun tu akan terasa cepat bila Fieqa dah konvo degree nanti..doa2 kan lah yer :)

#tak sabar nak pakai jubah purple :)

loves,
Afieqa Young

4 comments:

  1. hai fieqa..
    first nak ucap congratulations..walau dah tiga bulan berlalu hehe..
    kira jadi cikgu fieqa ni yek..tahniah sekali lagi..gud luck !..

    ReplyDelete

No Harsh Word, Kita Kawan Ok ! *shake*

Copyright 2016 Reserved to Afieqa Young Design By Cik Nurfarah