Saturday, May 9, 2015

Maksud Choyy / Choii

Assalamualaikum. Hai :)

Punyalah lama aku tinggal blog, tetiba malam ni update. Curlas hidup kau.haha
Tengah pulun  dok buat assignment sejarah sebenarnya. Haha. Tergerak hati nak menaip ni sebenarnya  sebab tajuk entry aku kat atas tu. Lulz. Ceritanya, tengah cari point untuk siapkan slide, sambil-sambil tu aku bukak youtube dengar lagu. Korang tahu la kan biasanya youtube akan ada iklan2 bagai. So, aku pun dengar la satu iklan ni and dia sebut choi. Aku ni pernah sebut choi, bukan pernah selalu lah jugak. Haha. Tapi aku tak tahu maksud. Main sebut lah kekdahnya. Dengar kawan sebut, aku pun terjebak lah sekali.

Jadi berbalik kepada cerita choi tu, aku rasa tak puas hati, aku pun gigih mengoogle. Selama ni takde perasaan nak google pun maksudnya. So aku jumpa dekat beberapa blog, choi tu maksud nya celaka. I was like… what de fish ! serius weh sesedap je selama ni aku men’choi’ kan member2 dan member2 pon sama men’choi’ kan aku. Phew~~
Lagi satu benda alah ni kan selalu la orang2 marshmallow sebut kan. Aku ingat choi tu maksud dia gila ke ape. Haih!

Kesimpulannya kena cari maksud dulu kalau dengar perkataan-perkataan baru. Lebih senang rujuk pada yang pakar. Jangan jadi macam aku, bertahun sebut malam ni baru cari maksud sebenar. 


Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment

No Harsh Word, Kita Kawan Ok ! *shake*

Copyright 2016 Reserved to Afieqa Young Design By Cik Nurfarah