Friday, April 25, 2014

Jom baca Al Khafi :)

Assalamualaikum

Salam Jumaat :)


Jom kita sama2  membaca Al-Khafi hari ni :)

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi SAW  telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)

*credit to muzir.wordpress.com


Loves,
Afieqa Young

1 comment:

  1. Terima kasih untuk info. Sangat berguna :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

No Harsh Word, Kita Kawan Ok ! *shake*

Copyright 2016 Reserved to Afieqa Young Design By Cik Nurfarah