Thursday, January 9, 2014

Resepi : Kek Coklat Kukus

Assalamulaikum
Hello :)


Kali ni Fieqa nak share resepi kek coklat kukus :) so, boleh la korang try buat nanti.. senang je. 

Bahan - Bahan 

2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
2 cawan gandum 
1/2 cawan koko diayak dengan 1 camca soda bikarbonat
( kalau korang pakai gandum yang self raising tu tak payah dah letak soda bikarbonat )
1 cawan minyak masak
1 cawan setengah air panas

Cara - cara

1. Pukul telur,gula dan susu pekat manis sampai sebati 
2. Masukkan tepung dan koko, gaul sampai sebati 
3. Masukkan minyak masak, gaul sampai sebati jugak ( pastikan betul2 sebati tau )
4. Masukkan air panas ( bahan tadi akan jadi cair selepas masukkan air panas tu )
5. Masukkan dalam loyang atau cup, kukus selama 45 minit atau lebih.
# Nak tahu kek dah masak ke belum cucuk kek dengan lidi atau garfu.. kalau kek melekat pada sudu atau garfu tandanya tak masak lagi lah.. hehe

Selamat mencuba :D

Loves,
Afieqa Young

No comments:

Post a Comment

No Harsh Word, Kita Kawan Ok ! *shake*

Copyright 2016 Reserved to Afieqa Young Design By Cik Nurfarah